Bukit Permai Construction Sdn. Bhd.
18-1B, Jalan Pandan 2/2,
Pandan Jaya, 55100
Kuala Lumpur.
Tel: 03-92003458
Fax: 03-92001843
PEMBINAAN
AKUAKULTUR
PEMBORONGAN
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini seringkali kita mendengar tentang usaha kerajaan yang ingin menjadikan penternakan, asas tani dan industri kecil dan sederhana dimajukan seiring dengan sektor-sektor pekerjaan lain. Pelbagai usaha dijalankan bagi membantu para petani dan penternak mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dan berkuantiti(banyak). Terdapat juga jabatan-jabatan kerajaan yang ditubuhkan khusus untuk memberi lebih galakan kepada orang ramai, penganggur khususnya dalam meningkatkan lagi produk keluaran bumiputra ini. Salah satu cabang penternakan ini ialah penternakan ikan air tawar.

Pada masa kini pihak kami mempunyai sejumlah kolam ( 18-20 kolam berbagai saiz ) ternakan ikan air tawar bertapak di Kampung Baru Simpang Bujang Merbok, Kedah.Di bidang ini pihak kami ada membekal ikan air tawar (ikan keli,sepat dan puyu) untuk pasaran tempatan.selain dari itu, kami ada membekal benih ikan air tawar seperti keli, puyu dan sepat.Kepada sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan dengan menghubungi Encik Shahrul Anuar ( 019-4166272 ) atau Encik Romli ( 019-4553825 ).

IKAN KELI

Rupa ikan keli menyerupai ikan sembilang. Biasanya mempunyai warna hitam dan keperang-perangan mempunyai sesungut di mulutnya. Sesungut mempunyai bisa boleh menyebabkan kematian. Biasanya berat ikan 200 gram.

KEGUNAAN

Ikan keli dimasak dengan dibakar, digoreng dan dibuat gulai. Masakan ikan keli popular ialah asam pedas, sambal tumis dam masak cili api. Selain dimasak ikan keli boleh membela dan hiasan di kolam.

LOKASI

Ikan keli biasanya terdapat di paya, air tawar dan sawah padi. Pada masa kini pihak kami mempunyai sejumlah kolam ( 18-20 kolam berbagai saiz ) ternakan ikan air tawar bertapak di Kampung Baru Simpang Bujang Merbok, Kedah. Ikan keli diternak untuk tujuan komesial.

MENARIK

Cara-cara menangkap ikan keli ialah dengan melihat reaksi lumpur sawah. Sekiranya lumpur itu mempunyai pergerakan atau mengeluarkan buih, itu menandakan adanya ikan keli. Selepas itu ambil satu alat serkup yang ikan keli. Kita kena mempunyai bisa. Berhati-hati diperbuat daripada kayu dan serkupkan keatas pergerakan lumpur. tadi. Untuk membuang bisa, kita kenalah memotong mulut ikan keli. Tiada pantang larang memakan ikan keli kecuali ibu-ibu yang sedang mengandung.

IKAN PUYU

Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah.

Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.

LOKASI

Dua orang usahawan Melayu tempatan di Kedah gigih mengusahakan ternakan ikan puyu secara komersil. Tapak projek ternakannya terletak di Kampung Baru Simpang Bujang Merbok, Kedah. Pada masa kini, pihak kami mempunyai sejumlah kolam ( 18-20 kolam berbagai saiz ) ternakan ikan air tawar.
Copyright © 2008 Bukit Permai Construction Sdn.Bhd.
All rights reserved.