Bukit Permai Construction Sdn. Bhd.
18-1B, Jalan Pandan 2/2,
Pandan Jaya, 55100
Kuala Lumpur.
Tel: 03-92003458
Fax: 03-92001843
PEMBINAAN
AKUAKULTUR
PEMBORONGAN
Pada permulaan, syarikat yang beroperasi adalah Bukit Permai Construction yang telah didaftarkan pada 8 September 1994 di alamat Taman Sri Wantan, Selangor. Pada Tahun 1995 alamat Bukit Permai Construction dipindahkan ke 222 Taman Pertama Kuala Lipis, Pahang. Penglibatan kerja pertama kami adalah hasil kerjasama bersama Bumi Hiway ( M ) Sdn. Bhd. Pada tahun 1993 – 1998 kami berkhidmat sebagai subcontractor. Kerja-kerja yang berkaitan adalah membina longkang rubble wall / pitching, gabion, guardrail dan lain-lain kerja berkaitan di jalan Kuala Lipis – Gua Musang. Pada tahun 2000, Bukit Permai Construction telah mendapat kontrak dengan IWK sehingga sekarang. Antara kontrak yang terlibat adalah Refurbishment Work 2 & 5, Network Maintenance, Capital Work for new sewerage pipe dan lain-lain. Sejajar dengan peningkatan syarikat, operasi syarikat Bukit Permai Construction telah dipindahkan ke Bukit Permai Construction Sdn. Bhd. pada tahun 2002.

Syarikat ini ditubuhkan pada December 2002. Bidang perniagaan kami bermula dengan kerja-kerja kontraktor binaan awam dan kerja-kerja pembinaan bangunan. Sejajar dengan perkembangan semasa, syarikat kami menceburkan diri dalam bidang kepakaran sistem paip kumbahan. Kerja-kerja terlibat adalah kerja-kerja penyelenggaraan loji kumbahan khasnya untuk Indah Water Konsortium, kerja membaikpulih kerosakan paip yang sedia ada, kerja pemasangan paip pembetungan baru, paip jacking, kerja-kerja penyambungan ke laluan utama, membina loji baru dan lain-lain kerja berkaitan dengan system pembetungan di Malaysia. Pada tahun 2004 kami berkembang setapak lagi di dalam bidang akuakultur (perikanan air tawar-tapak di Merbok, Kedah). Kami ade projek penternakan ikan keli, ikan sepat dan ikan puyu. Pada masa kini juga, kami ada mengedar barangan tekstil(selimut).
Copyright © 2008 Bukit Permai Construction Sdn.Bhd.
All rights reserved.